SELAMAT DATANG...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Buat sahabat-sahabatku yang dikasihi kerana Allah. Semoga kita bersama sejahtera dan bahagia di bawah lembayung rahmatNya. Terima kasih kepada semua kerana sudi menjengah blog ini yang tidak sepertinya. Marilah bersama kita menceriakan blog ini dengan wacana-wacana yang bermanfaat untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat. Semoga usaha kita untuk memartabatkan maruah Islam diredhaiNya. Saya ucapkan ribuan terima kasih diatas komentar-komentar yang membina dan InsyaAllah akan saya usahakan perbaiki segala yang kurang. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan setiap kelemahan itu hadirnya dari saya jua. Akhir kalam, semoga ummah Muhammad terus berjihad menentang segala kemungkaran yang datangnya dari dalam diri ataupun luaran demi mendaulahkan hukumNya dan meneruskan perjuangan kekasihNya.